Asalammualaikum,
Apa khbar sahabat sekalian? harapnya sihat belaka semuanya.
Lama sungguh tidak menghadap blog ini. Maklumlah sibuknya
mengalahkan ahli politik dan pedana menteri, Banyak sangat cerita yang hendak
dikongsikan bersama tapi apakan daya masa amat singkat.
Pada 3-5 April 2015, faculty komunikasi dan media telah
mengadakan Faculty day yang dianjurkan oleh batch Faza dan kawan2 yang
mengambil subject event management. Bertempat di Fraser Hill, Pahang Darul
Makmur. Sebelum event ini berlangsung banyak rintangan yang kami lalui.
Biasalahkan nama pun event. Setiap kumpulan yang diberi haruslah menyertai malam
kebudayan semasa hari fakulti tersebut.
Kumpulan faza harus membuat persembahan yang mempamerkan budaya india. Hari
pertama perjalanan kami. Satu peristiwa yang takkan dapat dilupakan iaitu
bus terkandas ditepi cerun bukit. Beberapa orang crew mengambil keputusan untuk
berjalan kaki sepanjang 4km. Aktiviti pada malam tersebut adalah pelancaran
untuk hari fakulti.
Pada
keesokkan harinya, semua peserta dan crew menjalankan tanggungjawab bangun pagi
untuk senaman pagi yang diketuai oleh Rafiqah. Semua peserta dan crew kelihatan
segar dan bersemangat melakukan senaman pagi. Selepas sarapan pagi, semua crew
dan peserta di berikan dalam kumpulan untuk melakukan aktiviti CSR. Faza dapat
1 kumpulan dengan daus,nanie,dayah,ash,fen and 3 orang lagi peserta yand di
ketuai oleh Sir Shahid dan Miss Zakiah.
Sir Shahid bagi kebenaran dekat kumpulan kitaorang untuk jalan dekat laluan
jungle traking tu. Tak sangka pulak kitaorang semua boleh habiskan laluan
jungle traking tu sampai ke tempat tinggal crew perempuan.Malam hari kebudayaan
kumpulan faza buat bersungguh-sungguh and ramai crew dan perserta menari sekali
bersama kami semua.Walaupun kitaorang happening tapi kumpulan faza tak menang
pun,menang kalah adat pertandingan yang penting semua orang enjoy dan happy
masa persembahan kumpulan faza. Dekat kul 11.30 pm kami mandi tukar baju lepas
tu siap-siap untuk pameran esok pagi.
Malam tu,
ramai jugak peserta yang tidur lagi.Benda yang jadi memori paling indah faza
masa. Faza balik amik kotak dekat rumah crew,then ada beberapa ekor babi hutan
nak datang dekat area tempat kiteorang buat pameran tu. Then min nampak faza.
Lepas dia pusing sekali lagi je dia tak nampak faza. Gila dia tak cuak.
Sebenarnya, faza dah menyorok belakang amirul tapi min tak nampak tu yang
kelakar.Faza yang besar nie pun dia tak nampak.Ayoyo. Bila mirul tunjuk faza
kat sana pun dia percaya.Aduh, min still tak berubah,hahah..
Hari
terakhir di Fraser Hill masa untuk melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu
pameran. Pameran serupa macam parti kanan-kanak tak tau lah gred sir bagi okey
ke tak. Sebab masa pameran tu sir macam tak berapa nak suka dengan apa yang
kitaorang buat tu. Masa hari terakhir tu jugaklah memori buruk yang bagi kesan
besar dekat faza. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar. Amin, Syukur
Alhamdulilah.
Get new friends,new environment and new experience.
 |
terkandas di cerun bukit |
 |
still together |
 |
Mimi our choreography |
 |
Bollywood performance |
 |
Geogy MC for 3days |
 |
Chinese performance |
 |
Malay crew |
 |
Thanks to our crew |
 |
Thanks to participant especially Amirul and Fathy |
Comments
Post a Comment